Pilu dan sebak rasanya hati apabila terkenang kedua orang tua tersayang yang telah pergi apatah lagi apabila tidak dapat bersama2 kita untuk meraikan kejayaan yang dicipta. Pada masa itu, perasaan alangkah gembiranya sekiranya mereka ada disisi. Seorang Anak Yatim Piatu Yang Cuma Mampu Bergambar Dengan Foto IbuBapanya Pada Hari Konvokesyen.
10 hari selepas habis peperiksaan SPM, tak sangka Allah ambik nya’wa mak seawal itu, (13/12/2013). Walaupun berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Dah bertahun–tahun kehil4ngan, tapi masih berharap semua yang terjadi ni hanya suatu mimpi.
Plan asal nak pergi ambik keputusan SPM dengan mak ayah dah tak tercapai. Tapi waktu tu hanya mampu cembuuru tengok orang lain bergambar dengan mak ayah masing – masing. Dan masa tu jugak terfikir, nanti majlis konvokesyen universiti, aku mesti bawak mak ayah sama – sama jugak
Alhamdulillah, 17/6/19, hari secara rasminya aku tamat ijazah pergigian, dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar. Tapi rasa gembira sebab dapat bawak mak dan ayah sama – sama di hari bahagia ni. Hadiah untuk mak ayah.
Semoga mak dan ayah sentiasa gembira dan bahagia di alam sana. Semoga setiap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada mereka di alam sana. Aku selalu terbaca di media so si al, anak – anak yang kehil4ngan ibu bapa akan terci.cir dalam pelajaran, dan akan g4gal dalam hidup. Alhamdulillah hari ini seorang anak y4tim pi4tu berjaya buktikan yang tak semua sangkaan dan andaian orang awam ni betul.