Viral sebuah video yang disifatkan warganet sebagai amat menginsafkan itu sehingga meraih 250,000 tontonan dan teelah dikongsi lebih 11,400
“Ya Allah, sumpah sedih tengok dia makan macam ni. Tolong la hargai jasa orang yang cari rezeki untuk kita. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Tak semua laki tak guna,” tulis individu berkenaan.
Rakaman selama 19 saat itu menunjukkan seorang pekerja lelaki yang beseragam dan memakai topi keselamatan kuning sedang bercangkung sambil memakan makanannya.
Rakaman yang dimuat naik pada Khamis lalu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.
“Cari rezeki halal untuk keluarga, untuk yang bakal berkahwin dan sebagainya. Bukan perkara mudah. Tak semua lelaki sampah.
“Aku intern dulu pernah je makan sekali dengan pekerja Bangladesh kat kaki lima lot kedai, tepi jalan raya. Kalau kerja sampai dua, tiga pagi aku tidur je atas jalan raya.
“Betul, jangan cuma pandang yang jenis men are trash je, tapi di sebaliknya masih ramai lelaki yang terbaik, cuma kena pandai cari dan pilih yang betul sayang kita kerana Allah . InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Ayam golek pun tak datang bergolek , usaha walau pedih berjalan.
“Aku pernah dalam keadaan macam ni kerja teruk tepi jalan makan pun kat tepi longkang tapi inilah kemanisan pengalaman hidup biar kerja kotor janji rezeki tu bersih,” kongsi beberapa netizen.
“Nampak je makan dekat atas jalan tapi poket tebal tu. Brader tu malas nak keluar dari site je. Haha.”
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi serta waktu sebenar video tersebut dirakam.