Hidup Berubah Setelah Jumpa “Benda Berharga” Yang Tak Semua Orang Bertuah Memilikinya

Kita mungkin tidak percaya kepada pepatah “rezeki terpijak” tetapi perkara ini sebenarnya tidak mustahil terjadi. Buakn satu bukan dua, tetapi sudah banyak kejadian orang-orang yang sekelip mata menjadi jutawan disebabkan menjadi pilihan untuk menerima rezeki terpijak ini.

Hidup seorang pelombong kecil-kecilan di Tanzania, Afrika Timur, berubah sekelip mata kini bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar yang paling ‘rare’ di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan.

Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, pada pertengahan June 2020 lalu, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta atau 7.7 bilion shilling Tanzania (RM14.1 juta). Walaupun harganya lebih rendah daripada berlian kerana tidak memiliki kegunaan industri, kepelbagaian batu mineral blue zoisite itu dilihat berpotensi menyumbang kepada ekonomi Tanzania.

Menurut BBC, batu permata Tanzanite itu merupakan yang terbesar pernah ditemui di negara itu. Tanzanite dianggap sebagai salah satu batu permata yng paling berharga di dunia, tanzanite biasanya dijual pada harga US$300 hingga US$600 satu karat.

Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan. Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.

“Laizer kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat. Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti,” katanya.

Menurut Laizer, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat. Dia bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumahnya.

“Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar. Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran,” katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu. – AFP

Post Berkaitan

Leave a Reply