Mark Adam disangka tukar kerjaya selepas tamat k0ntrak penyampai radio, ramai k0ngsi tip jadi pak guard!

GARA-GARA memvat naik foto memakai pakaian seragam pengawal keselamatan, peminat beranggapan pelakon Mark Adam sudah menukar bidang kerjayanya.

Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, dia tidak terasa hati dengan komen net1zen sebaliknya berasa bangga dapat memakai pakaian tersebut.

“Bila saya post gambar saya pakai baju security guard itu, memang ada net1zen komen ingat saya memang sudah tukar bidang kerja.

Mark memegang watak sebagai pengawal keselamatan dalam sitkom Ae0n.

“Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari st3sen radio.

“Tapi saya tidak rasa kecil hati pun malah berbangga bila memakai baju pengawal keselamatan itu sebab terus rasa semangat,” kata Mark kepada mSt4r.

Mark Adam ditemui ketika majlis ulang tahun Aeon yang ke-37 tahun di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

Penyanyi lagu Marry Me itu memakai pakaian pengawal keselamatan disebabkan wataknya dalam sitkom Aeon berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui bukan mudah untuk membawa watak pengawal keselamatan dan menganggap pekerjaan tersebut mempunyai disiplin yang tinggi.

“Untuk sitk0m Aeon, saya memegang watak sebagai pengawal keselamatan. Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

Mark Adam bergandingan dengan Alif Satar dalam sitk0m Sayap Bagimu.

“Saya kena banyak buat research dan tanya pengarah macam mana nak bawakan watak itu. Bila saya post gambar di Inst4gram, ada juga pengikut yang sh4re tip.

“Mereka yang bekerja sebagai security guard menegur saya macam mana cara yang betul memakai pakaian seragam itu dan disiplin.

“Sebenarnya kerjaya itu sangat berdisiplin. Saya sangat seronok dapat bekerja dengan watak ini,” ujarnya.

Post Berkaitan

Leave a Reply