Misteri Lelaki Jumpa Rambut Menjalar Keluar Dari Celah Batu Nisan Kubur Lama,Tapi Bila Datang Esoknya Dah ‘HILANG’

Seorang lelaki terkejut selepas menemui objek seakan rambut manusia menjalar keluar daripada sebuah kubur lama dekat perkuburan Saint Joseph Catholic Cemetery di Sacramento, Amerika Syarikat.
Joel Morrison berkata, beliau menemui rambut berkenaan ketika melawat kawasan perkuburan itu baru-baru ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu sempat merakamkan insiden berkenaan dan berkongsi kepada umum di aplikasi Tiktok.

Dalam klip tersebut, beliau berdiri disebelah kubur tersebut merakamkan objek aneh itu sambil berkata, “Sekarang kita berada di perkuburan dan saya melihat sesuatu yang menakutkan, ia adalah rambut yang keluar daripada celahan batu nisan,”

Video yang mendapat ribuan tontonan itu nyata mengejutkan ramai dan ada yang berpendapat ia adalah rambut mayat yang berada dalam kubur itu.

“Ia boleh berlaku, selepas hujan lebat dan banjir, mayat boleh naik ke bahagian atas membuatkan rambut terkeluar,” kata salah seorang penonton klip tersebut.

Ada juga yang berpendapat ia adalah akar pokok memandangkan kubur itu terletak berhampiran dengan pohon-pohon besar.Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu kembali semula ke kubur tersebut keesokkan hari dan mendapati rambut itu telah tiada disitu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.