Si Oyen Menangis Tikus Ditangkapnya Terlepas, Leka Sangat Makan
Haiwan bernama kucing sememangnya sinonim dengan gelagat yang menarik perhatian. Keletah haiwan ini yang kadang2 nampak comel dan tidak dibuat2 membuatkan ia menjadi haiwan peliharaan kegemaran. Ada saja benda nakal yang kucing ni akan buat.
Kalau dibiarkan mereka bermain di luar, pastinya akan bawa balik sesuatu. Tikus la, anak ular la, ranting, daun dan sebagainya. Pening dibuatnya. Silap haribulan, dia bawak benda yang kita tak terfikir langsung. Lepas tu buat muka selamba, Lucu sangat.
Sebuah video tular telah dimuat naik di akaun Tiktok cat_dog.story yang memaparkan aksi si oyen yang menangis gara-gara anak tikus tersebut lari menyelamatkan diri.
Menerusi video yang dikongsikan, terlihat seekor kucing yang berwarna oren sedang menggonggong seekor anak tikus di dalam rumah.
Namun, mata si oyen tersebut dilihat bersinar-sinar dan tergugat disebabkan oleh tuannya mengumpan makanan kepadanya.
Terus sahaja kucing tersebut meletakkan anak tikus ke atas lantai dan menjilat makanan yang diberikan.
Kecuaian yang dilakukan telah memberi peluang kepada anak tikus tersebut bebas dan terus berlari menyelamatkan diri.
Tengah leka makan, barulah si oyen tersedar anak tikus itu sudah tiada dan terus berdesup mengejarnya.
Apa yang lebih melucukan, reaksi yang ditunjukkan dalam rakaman video itu menunjukkan si oyen ‘frust’ teruk gara-gara hasil tangkapannya terlepas begitu sahaja. Sampai terkeluar air mata sebab terlalu sedih.
Video yang dimuat naik tersebut telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 19.1 juta.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut dan ada juga yang menyuruh tuannya menangkap anak tikus tadi untuk si oyen.