‘Seminggu Tinggalkan ,Seronok Berpesta Didalam Rumah’-Pantau Melalui CCTV, Owner Terkejut Lihat Keadaan Rumah Bila Balik Dari Cuti Raya.

Setelah 2tahun tidak dapat pulang beraya mesti ramai yang mengambil peluang untuk pulang beraya ke kampung halaman.Namun pada pemilik kucing dan haiwan lain ada yang terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan mereka dirumah kerana raya mengejut tahun ini.

Satu rakaman CCTV telah menjadi tarikan di media sosial beberapa hari lalu ,tentang gelagat kucing yang ditinggalkan pemiliknya membuat ‘PESTA’ ketiadaan tuannya dirumah.

Namun bagi seorang wanita yang memiliki beberapa ekor kucing ini, dia memilih untuk meninggalkan kucing peliharaannya di rumah. Bagaimanapun dia masih mampu melihat aksi kucingnya menerusi rakaman CCTV yang dipasang di rumah.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita terbabit, dapat dilihat gelagat beberapa ekor kucing yang sedang ‘berpesta’ di rumah. Wah sakan ya!

Seminggu tinggalkan kucing, mereka seronok berpesta kat rumah.

Balik rumah habis kerusi terbalik lingkup. Rumah agak sepah sikit sebab belum habis renovate. Kain atas sofa tu cadar dan baju yang kami guna tak basuh sebab takut nanti diorang rindu mami dan didib dia.

Video yang berdurasi 36 saat itu memaparkan kucing miliknya bermain di atas sofa, peti sejuk dan beberapa tempat lain. Mungkin sedar aksi mereka dirakam, kucing tersebut turut beberapa kali melihat CCTV yang dipasang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi pada rakaman tersebut. Ada juga yang berpendapat wajah salah seekor kucing itu agak lucu.

Sumber: charliethedalmatiancat

Leave a Reply

Your email address will not be published.