Adik Beradik ‘Renovate’ Sendiri Rumah Mak, Ramai Tak Percaya Tengok Hasil Macam Hotel 5 Bintang

‘Renovate’ atau mengubahsuai kediaman/rumah seringkali menelan kos yang besar. Tetapi, jika dilakukan sendiri dengan kemahiran yang ada, tidak mustahil kediaman kampung biasa boleh bertukar 360 darjah menjadi seperti ruangan hotel 5 star dengan sentuhan moden zaman sekarang.

Seperti perkongsian oleh Faisal Suhaimi yang menjadi tular di media sosial dan telah menarik perhatian ramai warganet sehingga mendapat 4.9 ribu tanda suka dan 789 ruangan komen dalam tempoh tidak sampai tiga jam kemudian dimuat naik di Facebook Kelab Kaki Dec0.

Ramai yang kagum teruja apabila melihat hasil ubahsuai rumah kampung milik ibunya ini dilakukan sendiri oleh beliau dan adik beradik. Tidak berkelip mata memandang, rumah kampung dahulunya kini telah berubah menjadi seperti hotel lima bintang dengan kos yang rendah. Memang sangat cantik, sedap mata pandang!

Hasil kami adik-beradik renovate rumah mak, semua buat sendiri… ni pun ciduk idea dari Group ni… Alhamdulillah mak suka sangat rumah yang kami buat untuk keselesa dia.
Ambik masa lebih kurang 1bulan jugak lah buat buat sbb buat time free ja, tu yang lambat sikit nak siap ..total habis deco bawah RM10k, tak ingat accurate bajet. So ni la hasilnyaa sebelum dan selepas di ubahsuai.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *