Dalam situasi pandemik covid 19 yang melanda seluruh dunia,pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja makan gaji dan terpaksa berhadapan dengan situasi kegawatan ekonomi ekoran daripada perintah berkurung yang dilakukan hampir di seluruh dunia.
Ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan ada juga yang perlu menerima hakikat terpaksa diberhentikan kerja bagi mengurangkn beban yang perlu ditanggung syarikat dari terus mengalami kerugian.
Tidak terkecuali yang susah ataupun senang, hal ini samalah seperti yang terjadi terhadap seorang warga emas di Thailand yang ditemui seorang pengguna Facebook sedang mengayuh basikal untuk pulang ke kampung selepas diberhentikan kerja. Pada asalnya dia merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah syarikat dan dimaklumkan mempunya masalah berkaitan penglihatan. Oleh sebab itu, dia dalam keadaan letih telah mengayuh basikal untuk pulang.
Tambahnya lagi, warga emas itu hanya akan mengisi perut apabila dihulurkan makanan oleh insan sekeliling yang simpati dengan nasibnya.
Apabila dihulurkan sedikit duit, warga emas itu terlihat sebak menerimanya kerana dia tidak mempunyai duit untuk meneruskan perjalananny yang masih panjang beratus kilometer jauhnya
Dapat dilihat dengan jelas dia menggalas beg pakaian besar dan menolak sahaja basikal tersebut. Ppaparan tersebut diMuat naik oleh pengguna Facebook di Thailand itu telah mendapat puluhan ribu perkongsian yang nyata berasa sebak dengan nasib menimpa warga emas berkenaan.
Walaupun tidak dapat dipastikan kebenaran perkongsian tersebut, dapat kita ambil pengajaran bahawa masih ada insan yang susah dan memerlukan sedikit perhatian dari kita semua di sekeliling tak kira usia muda mahupun sudah berusia emas.
Sumber : Facebook