Kucing adalah binatang peliharaan yang unik. Walaupaun adakalanya susah untuk diuruskan, namun kucing mempunyai daya tarikan tersendiri yang mengagumkan untuk berkomunikasi dengan manusia. Selain menjadi haiwan peliharaan, kucing juga dilihat sebagai salah satu terapi stress yang berkesan.
Sebagaimana merujuk kepada pakar psikologi, di kalangan mereka yang stress dan tertekan dengan pelbagai masalah,terapi menggunakan kucing adalah paling berkesan dan paling cepat menurunkan kadar stress. Bunyi, liak lintuk, bulu, geselan dan gigitan manja kucing membuatkan otak kita menghasilakan hormon relaks yang sangat banyak.
Satu perkongsian video daripada seorang pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian umum. Ketika pemilik kucing mahu mendirikan solat, masa itu jugalah si kucing peliharaan menarik sejadah gigih untuk solat sekali. Yelah kalau dilihat didalam video,…si kucing comel itu seakan-akan mahu mendirikan solat jemaah bersama tuannya…
Bagus dia ni. Orang nak solat dia pun tarik sejadah nak solat. Bukan kacau orang solat…
Dibawah adalah antara komen menarik daripada para netizen.