Jika anda mempunyai seorang ibu yang garang, pasti anda boleh relate dengan gelagat kucing di bawah ini.
Satu video tular di TikTok @goshanchik83 baru-baru ini menunjukkan gelagat seekor kucing nakal berlari dan melompat ke sana sini dalam rumah.
Ia dilihat turut mengganggu anjing yang sedang duduk berehat di atas sofa.
Namun, apabila melihat ‘mak’nya lalu, ia tiba-tiba terus baring dan berpura-pura menjadi baik seketika.
Selepas melihat tuannya berlalu, ia kembali kepada perangai sebenarnya dan melompat ke sana sini semula.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan telatah lucu bulus itu yang pandai berlakon baik di depan ibunya.