Kucing Sedih ‘Kehilangan’ Pemilik Akibat K3malangan,Hilangkan Diri Sembunyikan Kesedihan.Namun Pada Hari P3ngkebumian, Sesuatu Yang Luar Biasa Berlaku.

Opera adalah seekor anak kucing yang cantik namun hidup sendiri di jalanan tanpa ada keluarga . Walau bagaimanapun, hidupnya berubah apabila seorang gadis kecil berusia 3 tahun bertemu dengannya dan meminta ibunya untuk membawanya ke rumah.

Luzia Aparecida Alencar tidak merancang untuk membela Opera namun dia beranggapan itu adalah salah satu peluang untuk dia memberikan pengajaran kehidupan buat anak perempuannya dalam berbuat baik sesama makhluk . Dan atas alasan itulah dia bersetuju untuk terus memelihara Opera dan menjadikan ia haiwan kesayangan buat mereka sekeluarga .

Mereka membawa Opera berjumpa dengan doktor veterinar bagi mendapatkan rawatan dan vaksinasi . Dan dalam beberapa hari sahaja , Opera kelihatan selesa dan tidak takut untuk bergaul dengan mereka sekeluarga dan terpaling manja adalah dengan anak yang paling bongsu, Julia . Opera sungguh bertuah .

Malangnya, keluarga mereka mengalami tragedi yang tidak dijangka. Apabila Julia dan ibunya sedang dalam perjalanan, bas yang mereka naiki pada ketika itu tiba-tiba hilang kawalan. Lapan dari tiga puluh penumpang di dalam bas berkenaan kehilangan nyawa , termasuk Julia dan ibunya.

Kehilangan dalam kemalangan itu menyebabkan kesedihan mendalam untuk semua ahli keluarga dirumah. Tidak ketinggalan Opera , meskipun dia seekor kucing , akan tetapi dia seolah-olah tahu bahawa ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada ahli keluarga di rumah itu .

Opera sangat sedih dan cuba menyembunyikan perasaan dengan membawa diri ke tempat yang tidak dapat dicari oleh mereka . Namun apabila di Hari Pengkebumian tiba , mereka semua terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba Opera di lokasi pengkebumian . Rupanya Opera sempat menyelinap masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di sana .


Entah bagaimana, dia seolah-olah memahami segala-galanya dan pergi ke bilik di mana mereka ‘menemai’ pemiliknya yang ketika itu berada di dalam k3randa. Opera kelihatan duduk selama beberapa jam di sana seperti manusia yang meratapi pemergian orang yang tersayang.

Pada awalnya, mereka tidak terfikir Opera patut berada disana, walau bagaimanapun, Opera adalah sebahagian daripada keluarga dan dia juga patut mendapat peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada gadis kecil yang manis yang menyelamatkan nyawanya,Julia .

Ramai orang mengatakan bahawa haiwan tidak mempunyai perasaan tetapi realitinya adalah haiwan mempunyai deria dan mereka suka menunjukkan sikap setia patuh dan sayang terhadap pemiliknya .

Walaupun sedih , Opera setia menanti sehingga selesai upacara berkenaan menandakan dia mengucapkan selamat tinggal kepada Julia dan berterima kasih di atas keprihatinan gadis dan ibu yang telah menyelamatkan hidupnya .

 

Post Berkaitan

Leave a Reply