Pak Tam ni orang suruh duduk rumah dia nak ikut kelaut. Sudahnya melepet jer. Sua ikan ini yang dia buat.

Jika ke laut memang yang tak biasa tu akan terasa sangat mabuk lut dengan pening2 yang seperti org jalan pun tak tentu arah. Bagi mereka yang tak biasa turun ke laut, tentunya akan merasai fasa mabuk laut yang selalu membuatkan ramai tidak senang duduk dibuatnya. Namun baru-baru ini, gelagat seekor kucing yang mabuk laut ini berjaya meraih perhatian ramai.

Semuanya gara-gara dia yang terikut menaiki bot tersebut tanpa disedari pemiliknya ini. Malah kejadian ini hanya disedari semasa mereka sudah berada di pertengahan jalan di mana kucing itu dilihat terbaring disebabkan mabuk laut itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing berwarna hitam yang sedang terbaring di dalam bot itu. Menurut pemilik video, dia baru perasan kemunculan kucing itu apabila mereka sudah pun berada di pertengahan jalan.

Lebih melucukan, kucing itu terpaksa menahan mabuk laut selepas menaiki bot itu secara tidak sengaja. Malah dia juga tidak mempunyai tenaga untuk bergerak seperti biasa dan hanya terbaring atau duduk semasa dirakamkan.

Lelaki itu turut memberikan seekor ikan kepada kucing itu namun langsung tidak dilayannya memandangkan kucing itu masih lagi mabuk laut. Melihatkan reaksinya ini, ramai juga netizen yang tidak menyangka kucing juga boleh mabuk laut seperti manusia.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu si bulus ini. Malah ada yang berseloroh pastinya kucing itu berasa menyesal mengikuti mereka menaiki bot itu dan tidak akan melakukannya lagi.

Post Berkaitan

Leave a Reply