Bukan kita je yang boleh rassa sedih jika ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayangi. Haiwan mamalia ini juga boleh merasai perasaan yang sama ketika tuannya meninggal.
Ini lah yang terjadi pada kucing yang bernama Tatan, yang diberi oleg @ptryunitaa pada sosial media TikTok. Tatan adalah kucing yang amat setia pada tuannya dan bersedih masa pemiliknya yang meninggal.
Di atas kubur tuannya, Tatan nampak temenung. Lihat sahaja wajahnya, kucing itu nampak sangat berduka kerana tuannya meninggalkan dia buat selamanya. Tidak hanya itu, Tatat terus menintishkan air mata dan hanya ingin tidur di bantal milik almarhumah.