Ini lah SYA1TAN bertopengkan manusia!
Sikap tidak berperikemanusiaan seorang lelaki terhadap seekor kucing di hadapan sebuah kedai berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Rakaman berdurasi 2 minit dan 35 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memandu kereta Bezza warna putih yang kemudian diletakkan di hadapan sebuah kedai.
Dia kemudian mengumpan seekor kucing dengan memberikan makanan di kaki lima kedai sebelum dengan sengaja membaling batu-bata ke arah haiwan tersebut.
Lelaki ini mengumpan makanan sebelum memukvl kucing tersebut.
Kucing mal4ng itu ditinggalkan dalam keadaan menggelupur ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat keced3raan yang dialaminya.
Lelaki berbaju dan berseluar hitam itu yang masuk ke dalam kereta Bezza selepas melakukan serangan kemudian dilihat keluar semula dari kenderaannya dan berpatah balik untuk melihat kucing itu dalam keadaan kesakitan.
Menerusi satu perkongsian yang kini tular di media sosial, kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi Ahad di hadapan sebuah kedai di Semeling, Kedah.
“Pada jam lebih kurang 1.10 pagi, seorang individu lelaki telah datang ke bahagian hadapan kedai MR DIY Express Semeling dipercayai ingin memberi makanan kepada seekor kucing lalu bertindak membaling batu ke arah kucing tersebut dan membiarkannya dalam kesakitan tanpa memberikan bantuan.
“Di sini saya sertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan kesahihan kenyataan yang saya sampaikan,” tulis pengguna Facebook bernama Hafiz Qayyum.
Keadaan kucing yang kesakitan.
Dia turut memuat naik foto kucing tersebut yang mengalami kesan luka di bahagian kepala.
Menurut Hafiz Qayyum, dia sangat tidak menyokong kegan4san terhadap haiwan yang tidak berperikemanusiaan.
Menerusi ruangan komen, Hafiz Qayyum turut memuat naik satu lagi video di di luar premis sama di mana terdapat dua kucing yang diumpannya dengan makanan.
Seekor kucing berjaya mengikutnya ke tengah jalan, di belakang kereta Bezzanya sebelum ditendang haiwan itu dengan kej4m.
Berdasarkan dua rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat kurang senang dengan kehadiran haiwan itu dan melakukan kegan4san.
Sehingga kini, posting di Facebook Hafiz Qayyum dikongsi lebih 3,400 kali.
Lelaki berkenaan men3ndang seekor kucing.
Susulan video yang tular, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan meminta saksi kejadian supaya tampil melaporkan jen4yah kegan4san haiwan ini.
“Kucing ini tidak menyusahkan sesiapa. Tidak ganggu sesiapa dan tidak pula membahay4kan nyawa mana-mana pihak pun.
“Mengapa dia direjam dengan batu hingga ced3ra di kepala tanpa salah apa-apa? Keced3raan dialami kucing dilihat agak serius dan kucing jugak dibiarkan menggelinting kesakitan dalam waktu yang lama,” katanya.
Mengapa dia direj4m dengan batu hingga cedera di kepala tanpa salah apa-apa?
Menurut persatuan itu lagi, melakukan kegan4san dan keced3raan terhadap kucing dan lain-lain haiwan domestik merupakan jen4yah haiwan.
“Mereka boleh dipenjara maksimum tiga tahun dan didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tambahnya.
Jelasnya, orang ramai boleh melaporkan mengenai kes jenay4h haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jen4yah haiwan li4r ke hotline 1-800-88-5151.
Perkembangan terkini mengenai svspek.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis di rumah suspek dekat Kampung Pengkalan Merbok, Bujang, Kedah pada Isnin petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan berkata, polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa berlaku pengani4yaan terhadap kucing di hadapan premis tempat kerjanya.
Menurut Zaidy, hasil soal siasat awal dijalankan, svspek mendakwa mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja.
“Temu bual awal dengan ahli keluarga svspek juga mendakwa lelaki tersebut adalah seorang pencinta kucing dan telah banyak memelihara haiwan tersebut di rumah sebelum ini,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khian4t terhadap haiwan.
Kes juga disiasat bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Jangan lupa like share dan komen. Terima Kasih!